Sunday, August 31, 2008

DEFINISI REKAAN GRAFIK / GRAPHIC DESIGN DEFINITION

Definisi Rekaan Grafik ( Graphic Design) lebih menjurus ke arah seni rupa (art form).
Kita tidak perlu ke musium atau galeri untuk melihat rekaan grafik kerana ia ada di persekitaran kita. Setiap yang keluar dari televisyen komersial hingga ke label botol kicap adalah direka untuk hubungan komunikasi visual profesional. Seni ini adalah sebahagian dari integrasi kontemporari sosial. Sains rekaan grafik adalah kunci utama yang memaparkan sesuatu cetakan, filem dan media elektronik yang menjadi ciptaan tunggak (primary creator) mengenai seni visual yang menggambarkan persekitaran dan sosial manusia.



Apakah yang anda faham melalui grafik di atas? (grafik ciptaan aiwa)


Bayangkan jika dunia tanpa grafik televisyen atau bekas cd yang kosong tanpa apa-apa label dan begitu juga pembungkusan kotak-kotak produk (packaging) yang kelihatan sama. Itulah keadaan dunia tanpa rekaan grafik.

Rekaan Grafik boleh diterjemahkan sebagai aplikasi cara berkomunikasi secara visual yang amat berguna dan penting kepada perniagaan dan industri (sebab itu ia di panggil seni komersial / commercial art).

Kepentingan Seni Rekaan Grafik ini termasuklah untuk kegunaan seperti : pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan ; mencipta identiti visual sesuatu institusi, produk, dan syarikat; untuk grafik persekitaran/papaan tanda ; rekaan maklumat; dan mesej visual untuk masyarakat. Sebagaimana anda membaca sesuatu ruangan pengiklanan atau melihat sesuatu logo, anda sedang menerima maklumat secara visual (pemahaman melalui apa yang dilihat) melalui rekaan grafik tersebut. Rekaan grafik merupakan sesuatu yang efektif yang mendorong anda untuk memilih sesuatu produk ekoran dari perasaan tertarik kepada sesuatu rekaan grafik yang terdapat pada sesuatu kotak atau sesuatu iklan.
Penulisan: Husmira Bin Hussin/B.a Hons Art of Education U.P.S.I

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak masuk course grafik design nh kna pndai melukis ke??? and temuduga pun dy suruh kita lukis????